MAK & APAK

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu




Minggu ini adalan minggu hari ibu sedunia, kerana setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan May kita akan menyambut hari Ibu yang akan di sambut pada hari esok. Aku tidak mempunyai apa2x hadiah buat ibu pada tahun ini. Oleh itu aku mencorerkan ungkapan indah ini sebagai hadiah buat Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak... (Aku nak betulkan ckit unkapan itu Aku bukan lahir dari perut Mak, tapi... aku lahir dari rahim Mak dan dibesarkan dalam perut Mak)



BESARNYA PENGORBANAN MAK..

Semasa kecil Ibu menjaga makan minum aku
Bila lapar, makana sudah tersedia
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
Bila sakit, orang paling risau adalah....
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
Bila ada masalah, yang paling risau....
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan kuih & lauk pauk.....
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
Yang selalu puji aku....
Yang selalu nasihat aku......
Bila ada masalah dengan kekasih orang petama tempataku mengadu mak........
Bila seronok, aku cari....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” buat Ibu tersayang

KEPADA SEMUA SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.... BERSABARLAH SELALU... ANDA ADALAH SEORANG YANG SANGAT ISTIMEWA...

No comments:

Post a Comment