Gambar Dek Mas & Dek Zul Abang Kesayangan Dek Mas sekarang Dek Mas dah tumbuk gigi baru..
Tok bukan Teddy Bear Dek Mas tapi Bear Kak oja
pinjam jap boleh
Dek Mas ni Cantik kurang tapi ayu memang dia ayu...
Kak lia paksa Dek Mas bergambar dengan Kucing Palsu Kat rumah along he..he..
marah le too masam le muka dia macam asam payak..
Takde aktiviti kat luar masih panas kite orang nak dengar
Dek Mas nyanyi, sedap Ke suara dia nyanyi?....
Aku nak bawak Dek Mas jalan jap pusing Lot
Dek Mas suka sangat bila aku bawak dia pusing -pusing naik basikal...
Kasian kat Dek Mas ni dulu ada basikal tapi dah rosak,
kalau Abang Dek Zul main basikal mesti dia nak kejar...
Sebap tu kulit dia gelap..
Basikal lama he..he.. Tok bukan nya basikal Dek Mas tapi basikal Dek Zul semasa kecik dolok
Dek Mas termenung memikirkan bila dia akan dapat basikal baru
hi.. Dek Mas masih ada air ke Susu badan Mak ya?...
"Exclusiv" gambar Dek Mas nyot2x..he...he.. takmalu Aku anak ke dua dari 8 adik beradik 5 perempuan & 3 Lelaki, kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Mak & apak. Terbuai aku seketika mengenangkan segala memoriku semasa kecil dulu. Ketika aku mengabadikan segala gambar kenangan Dek Mas dalam Blog Ajanrobi ini, terasa aku ingin memuatkan gambar kenangan kami ketika kecil dulu, kalaulah aku boleh merakamkan detik2x ketika Aku, Along dan Ina semasa kecil dulu itula detik2x yang paling terindah sayang nya aku kehilangan banyak gambar ketika kami masih kecil di sebabkan gambar-gambar kami tengelam semasa air pasang memasuki rumak kami satu ketika dulu, hampir semua rumah dalam kampung Tambirat di masuki air. Pada ketika itu pasang yang paling teruk melanda kampung kami sehinga menceceh paras pinggang pada tahun 2000,
Aku, Along dan Ina di besarkan dalam hidup serba sederhana semasa kecil. Kami memahami kepayahan yang di tangung oleh Mak & Apak ketika membesarkan kami dulu. Kekadang bila menjelangnya cuti sekolah teringin rasa dihati hendak bersiar-siar di taman haiwan sehinga menyuarakan kepada Mak, tetapi hasrat kami hanya di jawap dengan senyuman di bibir Mak membuatkan kami terdiam dan berpandangan sesama sendiri. Along ,Aku dan Ina sangat rapat kerana jarak usia kami yang agak rapat kalau nak dibandingkan dengan Oja yang ketika itu masih kecil. Oja dan adik-adik ku yang lain bertuah terutama sekali Dek Mas kerana tahun berganti tahun peredaran waktu dan kemodenan zaman membuatkan mereka menikmati segala yang ada. Aku bertuah kerana memiliki Kakak dan Adik-adik yang sangat baik hati dan saling sayang menyayangngi di antara satu sama lain.