Kak Lia doakan oja yang sedang menunggu keputusan examnya akan lulus dengan cemerlangnya. Sebenarnya Kak Lia yakin oja memang boleh memperolehi keputusan yang terbaik bukan sahaja untukmasa depan diri oja, malah akan menggembirakan mak apak! Kak Lia ucapkan selamat meneruskan semester kedua dengan lebih cemerlang. Jangan ada virus-virus yang bakal merosakkan mental yang boleh menjejaskan sesi pembelajaran kamu.
Mungkin oja berangkat ke Kuala Lumpur pada 30 Dis nanti, Kak Lia tak dapat bersama menghantar ke airpot, kerana Kak Lia ada tugas resmi di Bintulu. Janganlah berkecil hati pulak..namun begitu Kak Lia iringi dengan doa kejayaan buat dirimu.
Kepada Nodin pula, sementara kamu hendak menunggu keputusan peperiksaan SPM, Kak Lia berharap kau jangan persia-siakan kehidupan ini dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan kebaikan. Pemergian Nodin ke Kuala Lumpur nanti jangan sampai lupa keluarga di kampung, tolong tengok2 Kak Ina, ringankan tulang jangan malas di rumah Ina, tauu....
Kak Lia pun mendoakan kejayaan Nodin dalam SPM kelak, boleh melanjutkan pelajaran macam oja. Sebagai anak lelaki sulong, Nodin mesti ada cita-cita besar untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga.
No comments:
Post a Comment