MAK & APAK

Sunday, December 28, 2008

Selamat Pengantin Baru Suhada


Posing di hadapan Tokong Cina, di Bandar Bintulu.

Hari ahad lalu 28 Disember 08 Suhada kawan aku telah melangsungkan perkahwinannya, di Kpg Tambirat. Baca nikahnya telah diadakan pada hari sabtu, 27 Disember 08. Sory la...aku tak leh nak menghadiri majlis perkahwinnan sbb aku kebetulan diarahkan bertugas out station kat Bintulu, untuk sempurnakan majlis penyampaian sumbangan persekolahan kepada kanak-kanak miskin di Bintulu yang akan diadakan pada 30 Disember 08, di Wisma Residen Bintulu.
Walaupun akan tak dpt menghadiri majlis perkahwinan itu, tetapi adk beradik aku ada datang ke majlis itu. Walau bagaimanapun aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Suhada dan suami, semoga kebahagiaan berumahtangga akan berkekalan hingga ke anak cucu.
Sayangnya... aku tak dapat siarkan gambar perkahwinan suhada dalam blog ini, namun begitu aku harap gambar perkahwinan Suhada dapat di-emelkan kepada lia
(ajanrobi@gmail.com) supaya dapat aku download dlm blog ini kelak.
Suhada adalah kawan aku sejak di bangku sekolah rendah lagi sehinggalah ke hari ini. Dalam blog ini disiarkan gambar2 aku semasa di Bintulu.


Gambar Kiri: Duduk minum di Coffee House Plaza Hotel, Bintulu.
Gambar Kanan: Di atas jeti, di hadapan Hotel River Front, Bintulu.


Wednesday, December 24, 2008

Gambar Kenangan Lia-Oja di Kuching, 25 Dis 08.






Oja sambung semester, Nodin menunggu SPM.

Kak Lia doakan oja yang sedang menunggu keputusan examnya akan lulus dengan cemerlangnya. Sebenarnya Kak Lia yakin oja memang boleh memperolehi keputusan yang terbaik bukan sahaja untukmasa depan diri oja, malah akan menggembirakan mak apak! Kak Lia ucapkan selamat meneruskan semester kedua dengan lebih cemerlang. Jangan ada virus-virus yang bakal merosakkan mental yang boleh menjejaskan sesi pembelajaran kamu.
Mungkin oja berangkat ke Kuala Lumpur pada 30 Dis nanti, Kak Lia tak dapat bersama menghantar ke airpot, kerana Kak Lia ada tugas resmi di Bintulu. Janganlah berkecil hati pulak..namun begitu Kak Lia iringi dengan doa kejayaan buat dirimu.
Kepada Nodin pula, sementara kamu hendak menunggu keputusan peperiksaan SPM, Kak Lia berharap kau jangan persia-siakan kehidupan ini dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan kebaikan. Pemergian Nodin ke Kuala Lumpur nanti jangan sampai lupa keluarga di kampung, tolong tengok2 Kak Ina, ringankan tulang jangan malas di rumah Ina, tauu....
Kak Lia pun mendoakan kejayaan Nodin dalam SPM kelak, boleh melanjutkan pelajaran macam oja. Sebagai anak lelaki sulong, Nodin mesti ada cita-cita besar untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga.

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG AJANROBI

Blog maya 'ajanrobi.blogspot.com' ini didedikasi khas buat keluarga tersayang yang kini bermastautin di Kampung Tambirat, Asajaya/kota Samarahan. Insya Allah blog seumpama ini akan memuatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan keluarga yang akan diserikan lagi dengan foto-foto yang berkaitan dengannya.
Seiiring dengan kemajuan ICT yang sedang berkembang hari ini, rasanya keluarga kita harus juga menerimanya dengan kemunculan blog maya 'ajanrobi.blogspot.com'. Pemaparan berita dan apa jua maklumat yang dimuatkan di dalam blog ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan untuk seisi keluarga walau dimana jua kita berada.
Diharapkan juga sanak saudara kita yang lainnya dapat singgah di laman blog kita ini untuk tujuan mengeratkan lagi silaturrahim keluarga. Segala komen yang mungkin dimuatkan di dalam laman blog ini akan sentiasa diberikan perhatian untuk penambahbaikannya.


Salam Sayang,
Lia/Oja
24 Disember 08.