Posing di hadapan Tokong Cina, di Bandar Bintulu.
Hari ahad lalu 28 Disember 08 Suhada kawan aku telah melangsungkan perkahwinannya, di Kpg Tambirat. Baca nikahnya telah diadakan pada hari sabtu, 27 Disember 08. Sory la...aku tak leh nak menghadiri majlis perkahwinnan sbb aku kebetulan diarahkan bertugas out station kat Bintulu, untuk sempurnakan majlis penyampaian sumbangan persekolahan kepada kanak-kanak miskin di Bintulu yang akan diadakan pada 30 Disember 08, di Wisma Residen Bintulu.
Walaupun akan tak dpt menghadiri majlis perkahwinan itu, tetapi adk beradik aku ada datang ke majlis itu. Walau bagaimanapun aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Suhada dan suami, semoga kebahagiaan berumahtangga akan berkekalan hingga ke anak cucu.
Sayangnya... aku tak dapat siarkan gambar perkahwinan suhada dalam blog ini, namun begitu aku harap gambar perkahwinan Suhada dapat di-emelkan kepada lia (ajanrobi@gmail.com) supaya dapat aku download dlm blog ini kelak.
Suhada adalah kawan aku sejak di bangku sekolah rendah lagi sehinggalah ke hari ini. Dalam blog ini disiarkan gambar2 aku semasa di Bintulu.
Gambar Kiri: Duduk minum di Coffee House Plaza Hotel, Bintulu.
Gambar Kanan: Di atas jeti, di hadapan Hotel River Front, Bintulu.