MAK & APAK

Thursday, February 18, 2010

19 FEB 2010 HARI LAHIR SARINA @INA YANG KE-25

Selamat menyambut hari lahir yang ke25 tahun buat Ina anak ke tiga dari 8 beradik, pada hari ini. Cepat sungguh rasanya masa berlalu macam baru semalam aku melihat Ina mandi sungai he...he... acah je, nak cite sikit adik aku Ina ni dulu na,,,kal sangat masa zaman budak2, kalau bab mandi sungai dialah yang terhebat terjum dan menyelam he,,he,, tergelak kecil aku bila mengingati peristiwa itu kalau nak marah pulak main cakap lepas je . Sekarang Ina dah besar panjangdah ada sorang anak lelaki, beza sunguh perangai ina sekarang lemah lembut tidak seperti dulu .
selamat menyambut ulang tahun semoga panjang umur dan murah reejeki.......

Sunday, January 3, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU


sekali tahun berubah setahun umur bertambah.....


Hari berganti hari.. bulan berganti bulan.. kini tahun juga berganti. perjalanan perlu di teruskan.. distinasi telah ditetapkan.. melangkah dengan penuh keyakinan..

Selamat tahun baru buat adik beradik tersayang semoga menjelang nya tahun 2010 mematangkan kita dan sama-sama lah kita menjaga keharmunian dalam keluarga. Sama kita berdoa agar mak dan apak di beri kesihatan tubuh badan, Buat kak long semoga di kurniakan cahaya mata, buat adik-adik semoga berjaya dalam hidup.



(Gambar hiasan)

Malam itu tiba-tiba saja suara dentuman terdengar begitu dekat.
Saya sedikit terkejut, kerana sebenarnya hampir saja terlelap.
Tidak hanya sekali, tapi terdengar berkali-kali.
Semakin jauh saja rasa mengantuk yang tadi begitu dekat menghampiri mata.
Dengan sedikit kesal saya menuju jendela. .

Ku selak tirai dan ku pandang keluar..

Begitu indah.. begitu bergemerlapan

Mmm.. ternyata bunga api..

Seseorang sedang meluncurkan bunga api malam ini..

Aku suka melihat bunga api..

Aku kemudian tidak lagi merasa terganggu.

Aku tersenyum memandangnya..

Dan memperhatikan dengan khusyuk ..

Ledakan bunga api tadi memang terlihat begitu mempesona..

Tapi cahaya bintang itu..

Terlihat begitu indah..

Begitu sederhana..

Perasaan damai dan tenang perlahan terasa di tubuh ini..

***





Sunday, December 13, 2009

MENGHADIRI BEBERAPA MAJLIS HAR INI - AHAD, 13 DIS 09

Lia & Oja
Ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Rahman Thambi
di perkarangan Dewan Suarah Kuching.


Lia, Kak Jenab dan Oja.
Bergambar selepas jamuan makan di dewan suarah Kuching.

Bersama Kak Jenab di dalam dewan suarah.

Lia, di Kelab Golf Sarawak.
Upacara Pelancaran PERKASA Negeri Sarawak.

Saturday, December 12, 2009

BERSANTAI DI KAKI GUNUNG SANTUBONG

Sabtu, 12 Disember 2009 - Hari ini Lia bersantai di kaki gunung Santubong, bermandian di air terjun bersama-sama dengan keluarga Kak Jenab. Lihatlah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang kami berkelah.
Omeda, anak kak jenab (di belakang lia)



Monday, November 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sunday, November 22, 2009

GADIS SEMATAN

Oja & Lia di Holiday Chalet Sematan